Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?"
Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"
Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.
Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.
Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis!
Itulah politik".
Gubahanku
-
Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walaupun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah
Ku ingatkan kepadamu
Akan janjiku padamu
Hanyalah satu pintaku
J...
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan