Rabu, 24 Jun 2009

rahsia dan manfaat solat 5 waktu....bacalah sampai abis..

Continuous Learning - To learn, relearn and unlearn"


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai
kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya
mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang
yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan
keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau ada maklumat
lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat. Walaubagaimana
pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat
dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam
adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi, betul tak aid ?

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia
berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,

lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja
azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut
ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin
dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah
malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara
ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya
telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem
tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah
di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya
atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?

1 ulasan:

CINTAILAH DIRI ANDA

My Pet Fish - Kindly Feed The Fishes. (Use your left button on mouse to feed)

PELAWAT

Temu Janji

SAYA

Foto saya
Cheras, Wilayah Persekutuan, Malaysia

TEMAN-TEMAN

Senarai Blog Teman-Teman Saya